Demo Blog

jadilah mujahid yang beriman

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under






Jadilah seorang mujahid yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
Jadilah seorang mujahid,
Yang menjaga tutur katanya,

0 ulasan more...

I love Rasulullah S.A.W.

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:


BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).


0 ulasan more...

SUKARELAWAN DIPERLUKAN

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H
PERINGKAT UNIVERSITI


Sehubungan dengan itu, Urusetia Rakan Masjid memerlukan sukarelawan untuk membantu melicinkan segala aktiviti pada hari tersebut.

AJK Kumpulan Selawat: 30 pelajar Muslimin sahaja



AJK Sambutan: 15 pelajar Muslimin & 15 pelajar Muslimat



AJK Jamuan: 15 pelajar Muslimin & 15 Pelajar Muslimat



Mana-mana pelajar yang ingin menyumbang tenaga bagi membantu Pusat Islam dalam menjayakan Sambutan Maulidur Rasul sila berikan nama, nombor matrik, dpp dan nombor tel kepada:

017-9612291 (Muslimin)

013-5917760 (Muslimat)

Selewat-lewatnya hari Sabtu ini. Bantuan anda amat-amat kami perlukan.

0 ulasan more...

WACANA PEMIKIRAN ISLAM

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


(ANCAMAN PEMIKIRAN SEMASA TERHADAP PEGANGAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH)
Bersama:
 DR. MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY
Felo Yang Amat Utama
Institusi Pemikiran Dan Tamadun Islam Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Moderator:
USTAZ MOHAMAD KHADAFI BIN HAJI ROFIE
Kolej Sastera Dan sains, Universiti Utara Malaysia
Pada:
23 Februari 2010 bersamaan 9 Rab’iul Awwal 1431H (Selasa)
10.30 Pagi
DKG 2/2
MAKLUMAN:
Harap Maaf, program terpaksa dibatalkan atas masalah yang tidak dapat dielakkan di pihak penceramah..
0 ulasan more...

Warnai HidupMU..

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Perkongsian daripada seorang sahabat saya (BroHamzah) Sempena Hari Lahir Pejuang DnT :
http://motionlegacy.blogspot.com
Musafir Luaskan Pengalaman dan Pandangan. Cahaya untuk diri jua


Perkongsian : Musafir Ke Utara

Artikel ini saya tulis pada tahun lepas, saya siarkan kembali atas permintaan dan kongsi muhasabah untuk kita semua.

Semalaman saya duduk terpaku memikirkan tentang diri sendiri. Ada kalanya hati rasa begitu sayu.Ada saatnya terasa begitu hiba. Tidak semena, air mata mengalir. Manik-manik jernih mengalir laju membasahi pipi saya.

Saya sebenarnya baru sahaja membaca satu artikel yang ditulis oleh Murabbi yang sangat saya hormati. (UDMZ) Kupasannya sangat menyentuh. Dan paling saya tersentuh adalah pada tajuknya." Titisan Air Mata Lantaran Dakwah Kehilangan Dai'," Dunia Dakwah pada hari ini kehilangan dai yang berjiwa kental dan berhati sufi. Medan ini benar-benar menguji sehingga ramai yang pernah menapak dalam semaian tarbiyah, hanyut dibawa oleh arus dunia yang deras dan dahsyat. ..............
0 ulasan more...

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Oleh :Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya? 

JAWAPAN
Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.
0 ulasan more...

Renungan Hamba

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Selalu kusesali dosa dan selalu kuulang kembali dan kau masih memberi kebahagiaan ku bukan hamba pilihan…
ALLAH berfirman:-

wahai manusia…
AKU hairan pada orang yang yakin akan kematian tapi hidup bersuka ria
AKU hairan pada orang yang yakin akan pertanggungjawaban segala amal perbuatan diakhirat tapi ia asyik mengumpulkan dan menumpuk harta benda
AKU hairan pada orang yang yakin akan kubur tapi ia tertawa terbahak – bahak
AKU hairan pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat tapi ia menjalani kehidupan dengan bersantai santai
AKU hairan pada orang yang yakin akan kehancuran dunia tapi ia menggandrunginya
AKU hairan pada intelektual yang bodoh dalam soal moral
AKU hairan pada orang yang bersuci dengan air sementara hatinya masih tetap kotor
AKU hairan pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain sementara ia tidak sadar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya sendiri
AKU hairan pada orang yang yakin bahwa ALLAH senantiasa mengawasi segala perilakunya tapi ia berbuat durjana
AKU hairan pada orang yang sadar akan kematiannya kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri lalu dimintai pertanggung jawaban seluruh amal perbuatannya tapi ia berharap belas kasih dari orang lain
Sungguh tiada Tuhan kecuali AKU dan Muhammad adalah hamba dan utusan KU

ALLAH berfirman:
AKU bersaksi bahwa tiada Tuhan selain AKU, tiada sekutu bagi KU dan Muhammad adalah hamba dan utusan KU
Barang siapa tidak mahu menerima suratan nasib yang telah AKU putuskan, tidak bersabar atas segala cobaan yang AKU berikan, tidak mau berterima kasih atas segala nikmat yang AKU curahkan dan tidak mau menerima apa adanya atas segala yang AKU berikan maka sembahlah Tuhan selain AKU, barang siapa yang susah kerana urusan dunia sama saja ia marah kepada KU.
Barang siapa mengadukan musibah yag menimpa dirinya pada orang maka ia sungguh – sungguh telah berkeluh kesah pada KU.
barang siapa tidak bertambah tingkat penghayatan keagamannya sungguh ia dalam keadaan selalu berkurang
barang siapa yang terus menerus dalam keadaan berkurang kematian adalah jauh lebih baik

Allah berfirman:-
Wahai manusia terimalah anugerah yang KU berikan dengan lapang dada maka engkau tidak akan berharap pada pemberian orang lain, tinggalkanlah rasa dengki maka engkau akan terhindar dari kegelisahan hidup, hindari perbuatan haram maka engkau aman dari kerancunan dalam keraguannya.
Barang siapa mampu menjaga diri dari membicarakan keburukan orang lain maka kecintaan KU akan AKU anugerahkan kepadanya
barang siapa yang mengisolasikan diri dari kerumunan orang maka ia terhindar dari pengaruh buruknya
Barang siapa mampu mambatasi diri dari berbicara yang tidak ada gunanya itu menandakan kematangan akalnya
barang siapa menerima dengan lapang dada atas pemberian ALLAH yang sedikit maka ia penuh percaya pada ALLAH

ALLAH berfirman:
wahai manusia barangsiapa berduka karana persolan dunia maka ia hanya akan kian jauh dari ALLAH kian nestapa didunia dan semakin menderita di akhirat
ALLAH akan menjadikan hati orang tersebut dirundung duka selamanya, kebingungan yang tak berakhir, kepapaan yang berlarut – larut dan angan – angan yang selalu mengusik ketenangan hidupnya.
Wahai manusia hari demi hari usia mu kian berkurang sementara engkau tidak pernah menyedarinya, setiap hari AKUmendatangkan rizki kepadamu sementara engkau tak pernah memujiku, dengan pemberian yang sedikit engkau tidak pernah mahu lapang dada, dengan pemberian yang banyak engkau tidak juga merasa kenyang, wahai manusia setiap hari AKU mendatangkan rezeki untuk mu sementara setiap malam malaikat datang kepada KU dengan membawa catatan amal burukmu, engkau makan dengan lahap rezeki KU namun engkau tak pernah segan - segan pula berbuat durjana kepadaKU, AKU kabulkan jka engkau memohon kepadaKU kebaikan KU tak pernah putus – putus mengalir untuk mu, namun sebaliknya catatan kejelekanmu sampai kepada KU tidak henti, AKUlah pelindung terbaik untukmu, sementara engkau hamba terjelek bagiku, kau rauf segala apa yang KU berikan untuk mu, KUtutupi kejelekan – demi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan, AKU sungguh – sungguh malu kepadamu sementara engkau sedikitpun tak pernah malu kepadaku, kau melupakan diriku dan mengingat yang lain, kepada manusia engkau merasa takut sedangkan kepadaku engkau merasa aman – aman saja, pada manusia engkau takut dimarahi tapi pada murkaku engkau tak perduli..

ASTAGHFIRULLAHAL AZHIM..

1 ulasan more...

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!