Demo Blog

PROGRAM SINAR MALAM RAMADHAN

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

RAKAN MASJID UUM akn mengdkan program sinar mlm ramadhan pd khamis(26/08/2010) pendaftaran di masjid pd pkl 6.15ptg.yuran rm5(morih dan sahur disdiakn. sebarang pertanyaan sila contact saudara asyraf: 0145402926.
0 ulasan more...

Ramadhan bulan keberkatan.

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Salam ukuwah kepada semua. Syukur dengan nikmat iman dapat lagi kita berjumpa diruangan ini. Sudah hamper 8 hari kita berpuasa tapi adakah kita dapat menahan diri kita dari perkara yang mungkar. Pada bulan yang penuh barakah ini kita digalakkan bersedekah, tadarus, qiamullai dan sebagainya. Sedekah secara diam-diam amat digalakkan. Nabi pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada anas bin malik yang bermaksud : “tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan memberikan kekuatan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut kemudian mereka pun bertanya : “ya rabbi, adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?. Allah menjawab, “ada iaitu besi”. (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi). Para malaikat pun kembali bertanya : ‘Ya rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih hebat daripada besi?. Allah yang maha suci menjawab: “Ada iaitu api”. (besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah bdibakar dengan api) Malaikat kembali bertanya :” Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan –Mu yang lebih hebat daripada api?. Allah yang maha Agung menjawab: : “Adaiaitu air”. (api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air). “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?. Tanya malaikat lagi. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab: “Ada iaitu angina”. Akhirnya para malaikat bertanya lagi: “ Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan –Mu yang lebih hebat daripada angina?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab : “ ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”. (Riwayat al-Tirmizi) di bulan puasa ini juga kita dikehendaki berlapar. Tapi adakah semua orang Berjaya melepasi cabaran tersebut. Contohilah nabi dimana nabi selalu berlapar walaupun bukan dibulan ramadhan. Aisyah berkata, “Tidak pernah keluarga Rasulllah kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau dating di Madinah sehinggga beliau meninggal dunia”. Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibnu al-Najjar daripada Abu Hurairah dia berkata : “Aku pernah dating kepada Rasullah ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “Ya Rasullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk,, apakah engkau sakit?’ Jawab Baginda : “Aku lapar, wahai Abu Hurairah!” Mendengarjawapan itu Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata : “wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika menjaga dirinya semasa hidup di akhitar. Selain itu juga Rasullah tidak pernah kenyang hingga dua kali dalam sehari. Tapi dapatkah kita menahan diri kita dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Selain itu juga sentiasalah sujud menghadap Allah taala. Kerana sujud seseorang kepada Allah Taala menghakis sifat sombong, takabbur dan bongkak amin. Sujud juga boleh memberikan ketenangan kepada jiwa kita.
2 ulasan more...

BILA YANG SALAH,MENJADI LUMRAH

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Kalau dulu, memang
pantang
bagi masyarakat
kaum Melayu, seorang lelaki
berdua-duan dengan seorang
perempuan yang tidak punya
apa-apa hubungan kekeluargaan.
Bahkan, bukan masyarakat kita
sahaja yang berpandangan
begitu, malah masyarakat Barat
yang kita kenali sekarang
sebagai masyarakat yang telah
rosak moralnya, dahulunya amat
menekankan tentang pergaulan
lelaki dan perempuan.
Tapi kini, segala-galanya
telah berubah. Bercumbuan di
khalayak ramai bukan lagi
menjadi sesuatu yang jelek di
mata masyarakat mereka. Inikan
pula berdua-duaan.
Malang seribu kali
malang, angin perubahan itu
telah pun melanda masyarakat
Timur khususnya masyarakat
Islam. Berdua-duaan antara
lelaki dan perempuan yang tidak
punya hubungan keluarga, sudah
dilakukan terang-terangan.
Malah ada yang sudah mula
berpegangan tangan ke sana dan
ke mari tanpa rasa segan dan
silu.
Ya….perkara salah yang
sudah menjadi lumrah, kadangkadang
tidak lagi dianggap
salah. Bila sudah terlalu biasa
dipandang, ia tidak lagi
dirasakan menyimpang. Dosa
telah dianggap perkara biasa.
Senario ini sebenarnya
telah membuktikan bahawa
masyarakat kita sudah rosak dan
sudah tidak merasa sensitif
terhadap perkara-perkara dosa
yang semakin menjadi-jadi di
hadapan mata.
Yang rosak bukan sahaja
mereka yang melakukan perbuatan
tersebut, bahkan masyarakat
itu juga (iaitu kita sendiri).
Yang melakukan maksiat
tersebut memang sudah jelas
rosak akhlaknya. Tetapi bagaimana
dengan diri kita yang
melihat kemungkaran tersebut.
Bagaimana perasaan hati
kita bila melihat dua anak muda
sedang hanyut dilamun cinta lalu
berdua-duaan dan berpegangan
tangan di depan mata? Adakah
kita melihat dengan pandangan
bersahaja, kerana merasakan itu
bukan masalah kita? Atau, terbit
rasa benci lalu terus memendam
rasa kecewa bersama sesalan di
hati, “aduhai generasiku!”?
Atau, terbit rasa berdosa kalau
terus membiarkan mereka, lantas
berusaha untuk mendidik dua
anak muda mengenali yang
mana benar dan yang mana
salah?
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang maksudnya;
“Barangsiapa di antara kamu
yang melihat kemungkaran di
depan matamu, maka hendaklah
membetulkannya dengan tangan
(kekuasaan). Sekiranya tidak
mampu, maka dengan perkataan
(nasihat). Sekiranya tidak
mampu, maka dengan hati (rasa
benci pada maksiat). Maka, itu
(rasa benci) adalah selemahlemah
iman.”
Hadis ini perlu dihayati
benar-benar oleh setiap warga
masyarakat manusia. Kemungkaran
jangan sampai dilihat
sebagai satu lumrah. Kemungkaran
mesti dicegah menurut
kemampuan kita. Sekiranya kita
tidak punya kekuasaan atau pun
tidak mampu memberi nasihat,
cukuplah ada rasa benci di dalam
hati terhadap kemungkaran yang
berlaku. Dan seterusnya berdoa
0 ulasan more...

Persiapan Bulan Ramadhan

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under






Oleh: Abdul basir
Editor: rakanmasjiduum

Kurang daripada seminggu lagi,umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?


Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Apakah persiapan fizikal?

Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!


Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up ataustretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.

Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!


Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyerskhusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.


Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.


Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

0 ulasan more...

Ombak dosaku dan pantai rahmatMU

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Oleh : ABDI

"Perjalan hati ini kian senak. Aku mengharap kekuatan dari dalam diri sendiri. Tidak boleh lagi mengharap pada
suasana dan sesiapa saja untuk kembali ke pangkal jalan. Aku hormati semua orang, tapi dalam hal ini mereka tidak
dapat membantu aku.
Akukah pesakit jiwa yang sedang parah dilanda kebimbangan dan kegoncangan pendirian? Akukah insan
lara mendamba duka yang datang semakin kencang bagai taufan melanda? Akukah penjahat yang telah hilang kasih
sayang dan kemesraan? Akukah insan merana yang telah jauh ditinggalkan kecintaan Tuhan?
Satu demi satu soalan itu datang mengganggu. Menggugat langkah hatiku yang kian penat. Menikam dan menghiris jiwa
yang kian jauh daripada ketenangan. Aku ingin segala-galanya seperti dulu. Ketika cinta dan kasih sayang semerbak harum
mendandan perhubungan. Cantik, wangi dan indah di mata. Tenang, lunak dan mesra di jiwa. Kini, panorama hidup yang
bersemadi padang hati kian ternoda oleh dosa. Hitam, kelam dipalit kemungkaran. Tidak ada lagi lagu suara syahdu yang datang
memujuk. Semuanya seakan-akan jeritan maut yang mengganas dan buas.
Aku mengembara lagi bersama detik hati dan tarian jari. Biar airmata menjadi dakwat; kesedihan menjadi tinta.
Kulukiskan lagi potret duka. Biar senandung muram, suram dan kelam ini menjadi kabut yang menutup seluruh pandangan.
Inilah lagu penderitaan. Kesengsaraan jiwa yang kian parah. Gempa kehidupan yang meluruhkan segala cita-cita dan harapan.
Kulayan lagi dialog ini semau-maunya. Biar syaitan tahu tipuannya berjaya, namun aku tidak putus asa. Ku harap
malaikat tidak jemu memberi dorongan dan amaran walau itu semua sering kuabaikan. Aku hanya insan kerdil di maya pada
yang luas ini. Hanya debu yang tidak bernilai dan berharga. Tidak cemar keagungan Allah kerana kederhakaanku. Tidak terguris
sedikit pun kehebatanNya dengan keberanianku melanggar hukum-hakamNya. Kelalaian, kederhakaan dan kedegilanku hanya
akan memusnahkan diri sendiri. Oh! Malangnya.
Kuteruskan lagi gerak rasa di simpang siur ingatan yang penasaran. Biar diri bertempur dengan diri. Biar medan diri
kecamuk gempuran resah yang kian mengamuk. Aku tidak mampu lagi membiarkan keluh kesah ini tersumbat dan
terperangkap. Apakah akhirnya turutan yang berulang-ulang dan meletihkan ini? Mana hilangnya pertimbangan akal dan ilmu?
Ke manakah melayangnya didikan dan kesedaran? Mana?
Aku seharusnya tidak bertanya lagi. Bukankah semuanya sudah sedia dan wujud. Telah dicari dan pernah dinikmati.
Sudah pernah dirasa dan dikecapi. Tetapi mengapa hilang lagi? Mengapa semuanya bagai bayang-bayang – dilihat ada
ditangkap hilang? Mengapa diturutkan lagi kesesatan dan kemungkaran? Janjiku dusta. Tekadku belot. Mengapa? Ah! Kenapa
kau bertanya lagi? Mengapa perlu ditanya “mengapa”? Semuanya datang menerkam dan mencengkam.
Aku bergerak lagi menyusuri galur-galur perasaan yang tertekan. Mencari sesuatu yang lebih pasti tetapi telah terjerumus
ke lubuk tipuan yang mengasyikkan. Apakah sudah buntu jalan mujahadah ini? Atau aku tidak layak lagi menjadi hamba Tuhan
yang inginkan kesenangan dan ketenangan? Aku hanya layak dihukum kerana kelalaian dan mungkir janji.
Rancanganku, rancangan jahat. Fikiranku dibaluti mungkar yang tambah tebal. Langkahku ke arah dosa. Inderaku
mengundang kelalaian. Bergetar jiwaku ditusk sembilu kecewa. Darahnya membuak membanjiri persada azam yang
melemaskan tekad. Kecewakah aku? Tidak….Tidak…...Tidak!
Jadi, apakah cukup dengan “tidak”? Memadaikah dengan sesalan? Tenangkah hatimu Cuma bersedih dan merintih.
Bukankah itu alasan untuk kembali mengulangi dosa?Dosamu tidak akan bersih dengan taubat yang hambar. Mana seri kekuatan
kerja yang dibumbu oleh kesungguhan dan kegigihan? Mana kelembutan yang pernah kautanam dan telah pernah membuahkan
kemesraan? Semuanya kini telah terbakar meninggalkan peribadi yang kontang gersang daripada sifat-sifat yang terpuji.
Gempur tipuan syaitan terkutuk itu daripada sanubarimu. Hancurkan tembok nafsu yang menghalang. Bergerak dan
bertindaklah, lari dari bencana ini! Aku menangis ya Allah. Walaupun hatiku keras bagaikan batu. Jiwaku masih menagih
kasihMu. Aku dahagakan hidayahMu. Sudah puas kucari jalan kembali. Malangnya, bila melangkah aku kalah. Aku ingin
kembali wahai Tuhan…kepada hamparan kasih dan cintaMu yang tidak bertepi. Agar di situ atau dalam langkah ku menujunya,
nyawaku dicabut. Ya Allah! Walau apa pun aku tetap yakin……..ombak dosaku tidak akan dapat menenggelamkan pantai
rahmatMu yang maha luas dan gunung pengampunanMu yang maha tinggi.
0 ulasan more...

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!