Demo Blog

WACANA PEMIKIRAN ISLAM

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


                                         SEMUA DIJEMPUT HADIR
                             1 APRIL 2010 (KHAMIS)
                                         10.00 PAGI
                             DEWAN SEMINAR FTM
                             
0 ulasan more...

Taman Ilmu

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Assalamualaikum semua.Perhatian,kepada semua pelajar mahasiswa juga mahasiswi,pagi esok seperti biasa akan diadakan kelas fardu ain oleh Ustaz Khadafi di Audotarium Perpustakaan Sultanah Bahiyyah pada pukul 11 pagi sehingga 1 tengahari.Semoga ia berguna untuk kita di dunia dan di akhirat.
0 ulasan more...

Pertunangan........

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

XXXXXXXXXXXXXX
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................
.............

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Sumber :http://wardatussofia.blogspot.com/
0 ulasan more...

Rahsia solat awal waktu

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh,
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

sumber : Siti Aishah Kasmon
0 ulasan more...

apa itu istidraj?.......

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

??????? ??????? ????? ?????


Minggu lepas, kawan seofis I tanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah
rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, I pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg
individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah
nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah
hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi
sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu
masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat
apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.
Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita
akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg
Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat
(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu
boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul
æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah
batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi
dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang
yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya
beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang
yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan
istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,
hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup
kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat
yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan
ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang
diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan
hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia
dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
0 ulasan more...

Salam ukhwah

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Assalamualaikum semua.Kuliah Fardu Ain pada hari ini dibatalkan dan akan ditangguhkan pada minggu hadapan.Harap maklum,Terima kasih.
0 ulasan more...

KULIAH PEMANTAPAN FARDU AIN

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Assalamualaikum semua,semoga semua sihat sejahtera hendaknya.Jom kita penuhkan ilmu di dada dengan kuliah agama.Esok,kuliah pemantapan fardu ain akan berjalan seperti biasa.Di Pusat Audotarium pada pukul 11.30 hingga 1 tengah hari..datang ya.syukran
0 ulasan more...

Paku dan dosaku

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.

Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini.


Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.

Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.

`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`

Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.

Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.

Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?


Kesimpulannya,minimunkan kesilapan yang dilakukan dan jangan sekali-kali menganggap bahawa maaf hanya dengan lafaz semata-mata. Tapi,andai telah terlanjur,mohonlah kemaafan dengan penuh ikhlas dan keinsafan..Bagi insan yang menjadi mangsa,janganlah telalu meletakkan harga yang mahal terhadap sebuah kemaafan kerana kita hanya insan biasa yang penuh kekurangan...

Sahabat,macam mana pula dengan kita..sebanyak mana bekas paku itu berbekas dalam hati kita..bahkan ada lagi yang setia berada di situ.Ayuh sahabat,ubati hati yang sentiasa ‘sakit’ itu.Sentiasa zikiri dan ingati Allah selaku pencipta kita,
0 ulasan more...

Memotivasikankan diri untuk berdakwah

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Tausiyah ini sebenarnya bukan hanya untuk akhwat saja tetapi boleh juga untuk ikhwan kerana ikhwan dan akhwat sama-sama mengemban kewajipan untuk berdakwah dan keduanya sama-sama punya peluang untuk mengendor semangat dakwahnya. Kalau ditinjau dari segi akhwat, seorang muslimah memang seharusnya mempunyai double power power kerana selain menjalankan peranannya sebagai anak, ibu atau isteri, dia juga harus bergiat aktif dalam dunia dakwah. Bagaimana caranya untuk memotivasi diri supaya tetap bersemangat dalam dakwah?
Status apapun yang telah disandang oleh seorang muslimah, baik sebagai seorang anak, ibu atau isteri maka aktivitinya dalam dunia dakwah sudah menjadi suatu keharusan. Sebab dakwah ilallah adalah kewajipan yang telah telah dipikul sejak masa Rasulullah saw sehingga saat ini. Bahkan muslimah di masa itu ikut bersama dalam memikul beban dakwah.
Mereka sedar bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk melaksanakan dakwah sesuai dengan tabiat dan kemampuannya. Mereka memahami betul makna dakwah dan berbagai tuntutannya, bahawa dakwah bukan hanya ceramah-ceramah yang disampaikan kepada manusia tapi tugas yang lain diabaikan. Dakwah bagi mereka adalah tabligh, amal dan sekaligus jihad fi sabilillah di medan perang ketika situasi memang mengharuskannya. Pemahaman dakwah seperti inilah yang kita ingin hadirkan kembali.
Kita tidak menghendaki semangat dakwah yang mengendor dan melemah setelah melewati hari-hari awal berdakwah yang kita lalui dengan semangat juang, dipenuhi dengan iman, kecintaan, persaudaraan dan pengorbanan. Namun ketika berlalu masa yang panjang, kesibukan dalam rumah tangga, mengurus anak, mencari rezeki, semua aktifitas di masa lalu hanya menjadi sebuah kenangan indah, album lama yang disimpan.
Untuk dapat termotivasi lagi dalam menjalankan dakwah, maka kiat-kiat yang diperlukan:
1. Memahami tujuan hidup
Ibadah kepada Allah adalah merupakan tujuan dari penciptaan kita, sehingga apapun bentuk amal perbuatan itu dilakukan dengan kesedaran bahawa Allah selalu berada bersama kita dan selalu mengawasi gerak-geri kita.
2. Memahami kewajipan dakwah dan keutamaannya
Secara hukum dakwah adalah kewajipan yang harus diemban bagi setiap muslim. Fahami dengan mendalam.
"Ucapan mereka menyebabkan mereka pada hari Kiamat memikul dosa-dosanya sendiri secara sempurna, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikit pun (bahawa mereka disesatkan). Ingatlah, alangkah buruknya (dosa) yang mereka pikul itu" (An-Nahl[16]:25)
"Kamu umat Islam adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq." (Ali Imran[3]:110)
Juga hadis-hadis sahih seperti (Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat, HR. Ahmad, Bukhari dan Tarmizi).
Memahami keutamaan dakwah, sehingga setiap muslim yang menjalankannya akan memperoleh derajat yang tinggi di sisi Allah dengan dikelompokkan ke dalam khairu ummah (ummat yang terbaik), memperoleh pahala yang amat besar (Barangsiapa yang menunjukan pada suatu kebaikan, maka baginya seperti pahala orang yang mengerjakannya, HR.Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tirmudzi), memperoleh keberuntungan, baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat, terhindar dari laknat, memperoleh rahmat Allah.
"Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling mencegah perbuatan munkar yang selalu mereka perbuat." (Al-Maidah[5]:78-79)
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain, mereka menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Mahaperkasa dan Mahabijaksana." (At-Taubah[9]:71)
3. Memahami nilai dunia dibandingkan akhirat
Dunia bukanlah segala-galanya, oleh karena itu tidaklah pantas kita merasa aman di dunia sementara tidak memiliki perbekalan yang memadai untuk menghadap Allah, dan kita tentu tidak akan rela mengorbankan kehidupan yang kekal abadi hanya untuk mencari kehidupan yang fana ini. Kalaulah dalam menjalani kehidupan ini penuh dengan cubaan, musibah dan ujian, namun pada dasarnya kita tidak akan hidup selama-lamanya di dunia ini sebab dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman.
4. Meyakini dengan sepenuhnya konsep hari perhitungan (yaumul hisab)
Kesedaran akan hari perhitungan, syurga dan neraka akan memotivasi diri untuk mengisi seluruh waktu dalam kehidupan beribadah dan berdakwah kepada Allah, karena setiap amal sekecil apapun akan ada nilai dan pertanggungjawaban di hadapan Allah, setiap amal adalah merupakan investasi abadi.
5. Mengakrabi kehidupan dengan Al Qur’an dan as-Sunnah serta berupaya untuk selalu berada di tengah orang yang sholeh.
Dengan merenungi ayat-ayat Allah akan dapat memberi semangat dalam memelihara ketaatan dan meninggalkan segala bentuk kemaksiatan, apalagi didukung dengan pergaulan bersama orang-orang yang sholeh. Upayakan untuk selalu hadir dalam pertemuan rutin, niatkan sepenuhnya hanya karena Allah walaupun terdapat kekurangan di dalam pertemuan tersebut, paling tidak niat silaturrahimnya sudah terpenuhi.
6. Menghindarkan diri dari semua bentuk kemaksiatan dan dosa-dosa kecil.
Kerana sekecil apapun perbuatan maksiat dilakukan, akan dapat mempengaruhi hati dan ketaatan pada Allah. Karena pada dasarnya iman itu naik dan turun, naik dengan melaksanakan ketaatan pada Allah, dan turun karena melakukan maksiat padaNya.
7. Mengingat bahawa kematian itu datang secara mendadak
Hal ini akan mendorong kita untuk berlumba-lumba melakukan ketaatan kepada-Nya, karena ajal itu datang tanpa diundang. Alangkah indahnya apabila Alah memanggil kita dalam keadaan melaksanakan tugas dakwah, sehingga mendapatkan Husnul Khotimah.
8. Memohon pertolongan dan bantuan Allah.
Senantiasa berdoa padaNya: Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika (Ya Allah Bantulah aku (senantiasa) dalam mengingatMu, mensyukuri (segala nikmatMu), dan dalam menyempurnakan ibadah-ibadahku padaMu). Mensyukuri nikmat Allah berupa hidayah adalah dengan berdakwah kembali menyebarkan nilai-nilai hidayah yang telah kita peroleh, itulah realisasi rasa syukur kepada Allah sehingga kita dapat menyempurnakan ibadah-ibadah kita hanya kepadaNya.
(sumber: majalah Tarbiyah Edisi 11 Th.2/Rajab-Sya’ban 1427 H)
0 ulasan more...

Kuliah Pemantapan Fardu Ain

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under



"Assalamualaikum semua.Esok,kuliah pemantapan Fardhu Ain akan berjalan seperti biasa.Apa lagi..jom kita pakat-pakat ke majlis ilmu.Bukankah majlis ilmu satu di antara taman-taman syurga di dunia...?
Jom!!!"









Daripada Wasilah B. Asqoq R.A. berkata: Sabda Rasulullah S.A.W.: " Barangsiapa mencari ilmu lalu dia mendapatkannya, maka baginya dua pahala. Dan barangsiapa yang mencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannya, baginya satu pahala" Riwayat Al Darami
0 ulasan more...

Kejar Dunia Usah Sampai Lupa Akhirat

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

MALAS adalah satu penyakit. Ia menimpa semua orang termasuk remaja. Malas ada bermacam ragam, ada malas belajar, malas kerja, malas bercakap, malas makan serta seribu satu macam jenis malas lagi.

Malas ada risiko dan akibatnya, tetapi apa yang menakutkan adalah kalau malas beribadat.

Akibat dan risiko malas yang lain boleh ditanggung, tetapi kalau malas beribadat tidak mampu ditanggung rasanya.

Siapa yang sanggup menanggung azab sengsara dibakar api neraka.

Perhatian kita terhadap penyakit malas ibadat amat menurun dan corot terutama terhadap anak remaja kita.

Lihat saja kalau anak kita tidak ke kelas tambahan atau tuisyen, bukan main marah kita maki dan kadang-kadang pukul mereka.

Berbanding keadaan kalau anak kita tidak menunaikan solat, puasa atau anak gadis tidak menutup aurat, tidak kita dengar suara menyuruh atau berleter.

Kadang-kadang yang kita temui apabila emak atau ayah menyuruh adalah yang tolong bela.
“Kasihan budak tu...biarlah dia tidur, di asrama tak cukup tidur...,” bela emak pada anaknya yang balik bercuti.

Kita memberi perhatian kepada pelajaran yang akan memberi skor ‘A’ dalam peperiksaan, tetapi bagi pelajaran fardu ain, kita buat tidak endah saja.

Sebenarnya ini penyuburan nilai tidak prihatin kita yang ditanamkan terhadap anak tanpa kita sedari.

Kita lebih khuatir masa depan dunia anak kita daripada masa depan agama mereka.

Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia yang sehingga al-Quran mewasiatkan dalam firman Allah yang bermaksud:
“Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa urusan dunia kamu...”

Jangan lupa dunia antara mesejnya, tetapi jangan pula leka mencari dunia sehingga lupakan akhirat, kadang-kadang bukan saja lupa akhirat, malah Allah sebagai Tuhan yang disembah pun dilupakan juga.

Memang patut kita risau kalau anak kita tidak berjaya di dunia, tetapi lebih patut lagi kita risau kalau anak ke neraka gara-gara gagal beribadat ketika di dunia.

Pesan dan motivasi anak supaya bersungguh-sungguh belajar, tetapi jangan lupa hendak berpesan kepada mereka supaya tidak mengabaikan ibadat terutama solat sebagai tiang agama.

Nabi Yaakub berpesan kepada semua anaknya sebelum wafat,
“...apakah yang kamu sembah selepas kematianku...”

Bagi yang lalai dan terlalu leka dengan dunia mungkin pesanannya sebelum mati,
“...anak-anakku apa yang akan kamu makan selepas kem.
0 ulasan more...

Hatiku sebesar cawan

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.
0 ulasan more...

PENGUNGUMAN..

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Kuliah Pemantapan Fardu Ain pada esok hari bersamaan 9/3/2010 selasa akan berjalan seperti biasa.Bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyyah pada jam 11.30 - 1.00 tengahari.Syukran
0 ulasan more...

WACANA PEMIKIRAN ISLAM

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


“KONSEP PENGHAYATAN SUNNAH
RASULULLAH S.A.W.”
BERSAMA SYEIKH NURUDDIN AL-BANJIRI
PADA : 12 RABIUL AWWAL 1431H
BERSAMAAN 7 MAC 2010 (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SEMINAR A,
PUSAT KONVENSYEN UUM
MASA : 10.30 PAGI – 1.00 PETANG.
Semua dijemput hadir...
0 ulasan more...

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!