Demo Blog

KULIAH ILMU

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


0 ulasan more...

BILA AIR ITU MENITIS

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

     Terasa ada kekuatan di sebalik kelemahan.Hati terasa dingin bila waktu yang ditunggu telah tiba.Kaki terus melangkah menuju ke destinasi yang telah dirancang.Hati bagaikan ditarik oleh magnet yang kuat kuasanya.Tapi,antara negatif dan positif...hatiku lebih tertarik dengan yang terbaik.Akal terus berfikir..Mata terus melihat keindahan malam..Telinga terus mendengarkan bunyian asli yang lahir dari bunyian alam.
Ya ALLAH,betapa tak terhingganya nikmat yang ENGKAU berikan kepada makhlukMU..tak terdaya untuk aku menghitungnya..ya,memang benar..manusia tidak pernah bersyukur melainkan amat sedikit daripadanya.Bintang yang bercahaya di dalam pekatan malam membuatku terpana seketika.
Ya ALLAH,bagaimana dengan hatiku???masih ada cahayakah di dalamnya???Hatiku mula sakit..jantung seakan luruh..darahku mula turun naik...langkah semakin laju seperti lajunya angin yang berlalu.
     Destinasi yang ingin ku tuju seakan-akan memanggilku.Sabar duhai hati..tenang sang jiwa.Sepanjang perjalanan yang ku tempuh,ditemani dengan kalimah Allah.Bibirku tak pernah lekang dari menyebut namaNYA kerana aku tahu hati ini akan semakin layu tanpa siraman air zikir dan aku tahu bahawa ALLAH bersamaku.
     Rindu yang ku rasa seakan diterima.Kaki sudah terpacak di sini membuatkan langkahku terhenti.Akhirnya,bagaikan seorang kekasih yang ingin bertemu dengan pasangannya.Kakiku terus menaiki tangga.Satu,dua,tiga...MasyaALLAH..andai saja aku berzikir kepadaMU.Daripada mengira bilangan anak tangga,lebih baik aku menyebut nama pencipta..suara yang muncul dari bibirku seakan bunyi kicauan burung nuri.
Mataku teralih kepada seorang muslimat.Alhamdulillah,ada juga yang akan menjadi temanku malam ni.Senyuman yang paling indah ku ukirkan untuknya dan Alhamdulillah..senyuman di balas dengan senyuman."Assalamualaikum?"tanganku mula berjabat dengan tangannya.
"Waalaikumussalam,anti tidur di sini ke malam ni?tanya sahabat yang baru aku kenal tadi.
"Insyaallah,hajatnya begitulah.sebuah senyuman ku ukir kembali."Disitulah kami berkenalan dan berborak.Tapi ku masih ingat apa agendaku yang sebenarnya.Selesai berkenalan,aku meminta izin untuk ke tandas.Pili paip ku buka.Sekadarnya sahaja.ALLAH tidak sukakan pembaziran kerana pembaziran amalan syaitan.Paip air ku buka dengan perlahan.Setiap anggota wajib,ku sapu dengan air.Lagipun air wuduk bukan untuk mandi atau basuh..tapi air wuduk adalah meratakan.Meratakan bahagian yang wajib kena air.Usai saja ambil wuduk,kaki ku terus mendekati sejadah panjang.
Ku lihat temanku sedang membaca ayat-ayat Al-Quran.Indah sungguh suaranya.Hati yang tadi gelisah menyebabkan tangan terus menyarungkan kain telekung.Solat sunat 2 rakaat ku lakukan dan sesudah itu tiba waktu untuk mambaca Al-Quran.Ku pilih surah Al-Mulk.Sebaris demi sebaris aku membacanya.Mata yang tadi segar dengan air wuduk seakan tertutup.Arhhhgg!!!hati menjerit.mulut terkunci.dan mata kian terpejam sedangkan Al-Quran tetap dalam pangkuan.Lena aku dalam keletihan yang panjang.
     Tidur terganggu kerana telifon mula menggetar dengan irama nasyid.Bingkas aku bangun dan melihat temanku masih lagi tidur.dengan langkah yang berat,aku mendekati dan mengejutkannya."teriama kasih kerana mengejutkan ana"katanya sambil tersenyum."ayuh sucikan badan,kita buat qiamullail malam ni."lalu aku menarik tangannya menuju ke tandas.
Sempat aku melihat jam..detik menunjukkan pukul 4.30 pagi.Selesai membersihkan badan,aku melakukan solat sunat.Pagi yang dingin itu membuatkan aku semakin rindu untuk bersamaNYA..semakin gementar untuk bersamaNYA..dan saat akhir untuk itu aku mulai berdoa..aku solat sendirian kerana aku rasa lebih khusyu' begitu.Bibirku mula berbicara..hati yang terlalu rindu merintih dengan dahsyatnya.Tiba-tiba air mata yang tadi berlopak di birai mata..kini mengalir keluar menjadi kali di pipi..
"YA ALLAH,ampuni dosa-dosaku,ampuni dosa kedua ibu-bapaku,ampuni dosa keluargaku,ampuni dosa sahabat-sahabatku.
YA ALLAH,Terangilah hatiku yang kian gelap.Ampuni jiwaku yang semakin jauh dari mengingatimu.
YA ALLAH..pandanglah aku yang hina ini YA ALLAH....!
YA ALLAH,jiwa yang penuh dosa dan noda ini datang kepadaMU.Hanya kepadaMU aku memohon.Tiada tempat lagi untukku meminta pertolongan selain ENGKAU.Hanya ENGKAU yang layak aku sembah.
YA ALLAH,ampuni aku yang hina ini..ampuni aku YA RABB!!!ENGKAU memberi nikmat kepadaku..tapi aku membalasnya dengan melakukan kemungkaran kepadaMU..Ampuni aku wahai Penciptaku..!!!"pipi terus dihujani dengan air mata..
itulah air mata yang penuh dengan noda dan dosa...mataku memandang sejadah,tunduk layu mengenang dosa-dosa lalu.Bagaikan air hujan..begitulah juga dengan air mataku.Aku menangis sepuas-puasnya kerana itu tujuan sebenar aku mahu ke sini.Aku tersungkur lalu sujud buat penciptaku.Aku mencintaiMU..aku merinduiMU..redhalah aku dalam beramal kepadaMU..bibir ku seakan-akan berbisik..Kitab yang suci itu ku baca dengan air mata yang mengiringi..Aku hina YA ALLAH..tangisan terhenti saat temanku memelukku.."Sabar ya zumala'ii.Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..Allah juga Maha Mendengar lagi Maha Melihat"Sungguh nikmat rasanya selepas meluahkan segalanya kapada Pencipta..dan aku yakin bahawa ALLAH mendengar apa yang aku rintihkan..Semoga ALLAH mengampuni ku dan sahabat-sahabat sakalian.

0 ulasan more...

Seorang yang benar-benar tawakkal mempunyai 3 tanda

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Pertama
ia tidak takut ataupun mengharapkan sesuatu kepada selain Allah.

Kedua
hatinya tetap tenang dan bening, baik di saat ia membutuhkan sesuatu ataupun di saat kebutuhannnya itu telah terpenuhi. 

Ketiga, 
hatinya tak pernah terganggu meskipun dalamsituasi yang paling mengerikan sekalipun.
 
0 ulasan more...

Geniuskah anda?

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under







Pepatah daripa thomas edison berbunyi ` genius is one percent inspiration and ninety nine percent persperation'. sekiranya itu benat,kita semua mempunyai potensi menjadi seorang genius

bagaimana?

tidak susah yang dijangkakan. Dengan hanya mengikut tiga perwatakan seorang genius, anda juga boleh menduplikasi diri anda menjadi genius

Perwatakan genius 1


        Seseorang yang genius mempunyai daya fokus yang amat tinggi. Apabila berdepan sesuatu kerja, masalah atau isu, pemikiran yang tajam diletakkan pada tahap 100% bagi menyelesaikan masalah itu. Lagi hebat kita fokus dalam sesuatu isu lagi hebat dan kreatif kita dalam menyelesaikan masalah.

asas kepada fokus yang tinggi adalah dengan menetapkan matlamat dalam apajua perkara tanpa memikirkan perkara lain.

Melalui penulisan, sesuatu matlamat yang ditulis akan menjadi lebih jelas malah kita mampu menjadikan semua perkara yang rumit kepada yang simplistik dan sistematik.

Perwatakan genius 2

        Seorang genius mempunyai kaedah dan cara yang sistematik dalam menangani masalah. Dalam erti kata lain seorang genius membuat perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi bermula dengan anda menulis diatas kertas dengan mengikut autoriti.

Cara mudah dalam teknik ini ialah dengan menyenaraikan apa sahaja perkara yang ingin dilakukan serta diletakkan kualititatif prioriti A-B-C-D. Pada perkara yang dinilaikan prioritinya adalah A maka harus dilakukan terlebih dahulu tanpa melibatkan perkara prioriti B,C atau D.

jika ini anda mampu lakukan tidak mustahil perkara serumit manapun anda mampu mengaturnya


Perwatakan genius 3

       Seorang yang genius mempunyai minda yang terbuka ( open- minded ). Dalam erti kata lain, anda sedia menerima idea-idea yang baru dan tidak menutup fikiran. Ini tidak bermaksud anda harus menerima tanpa memikirkannya maka nilaikan dengan ilmu bukan dengan nafsu.

Thomas Edison ada menyatakan ' the greatest invention in the world is the mind of child ' . anda faham akan maknanya? bayi yang sedang membesar tidak meletakkan had pada pemikiran mereka. Bebaskan pemikiran kita dan jangan meletakkan had terhadap apa yang kita boleh capai.

semoga kita menjadi seorang yang genius tidak kira dalam apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan
0 ulasan more...

KETAWA

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah Azza Wa Jalla berfirman :
           
           "Apakah kamu takjub kerana berita ini?"

                                                                                                    ( Q.S.An-Najm :59 )

     Setengah mufassirin mengatakan bahawa engkau hairan dan mendustakan Al-Quran serta tertawa mengejeknya.Padahal ia dari sisi Allah.Namun engkau tidak pernah menangis kerana takut akan ancaman-ancaman di dalamnya.Engkau tidak pedulikan apa yang diminta darimu.Dikatakan juga bahawa setelah turunnya ayat ini,Nabi SAW tidak pernah tertawa melainkan hanya senyum sahaja.
     Dari Ibnu Umar ra,suatu hari Nabi SAW keluar dari masjid berjumpa dengan suatu kaum yang berborak-borak dan tertawa riang.Nabi SAW berhenti lalu memberi salam kepada mereka lalu bersabda :
         'Banyakkanlah mengingat penarik kelazatan!'
   

     Di lain kesempatan,setelah baginda juga keluar bertemu dengan satu suatu kaum yang tertawa riang.Baginda lalu bersabda :
         "Ingatlah,demi zat yang aku dalam kekuasaannya,kalau engkau tahu apa yang aku tahu,tentu amat sedikit tertawa dan banyak menangis.."

     Ketika khidir hendak berpisah dengan Musa as.Musa as meminta..."Wasiatlah aku!..".Khidir berkata,"Wahai Musa,takut lah engkau dalamnya laut,jangan engkau berjalan tanpa keperluan,jangan engkau ketawa tanpa sebab yang menghairankan dan jangan pula engkau salahkan orang-orang yang salah sebab kesalahan mereka dan menangislah atas kesalahanmu sendiri.."

Rasulullah SAW bersabda :

          "Siapa tertawa semasa mudanya..dia akan menangis masa tuanya.Siapa tertawa semasa kayanya..dia akan menangis semasa fakirnya..dan sesiapa ketawa semasa hidupnya..dia akan menangis semasa matinya."


       Ha sahabat-sahabat sekalian..ingat..ketawa boleh menggelapkan hati taupun mematikan hati..ayuh sahabat semua..marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah..bukankah kita mahu jadi kekasih Baginda bila di sana nanti..Jom.,senyum..lagi indah..
0 ulasan more...

Akta aurat dan syafaat diakhirat

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under



KESILAPAN WANITA MENUTUP AURAT



dimanakah kesilapan menutup aurat wanita hari ini?

berikut adalah kesalahan menutup aurat wanita hari ini:-

kesalahan pertama : aurat itu memakai tudung sahaja

kesalahan kedua : bertudung tetapi memakai `t-shirt' lengan pendek

kesalahan ketiga : bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kain

kesalahan keempat : bertudung tetapi bajunya, seluarnya sendat dan nipis

kesalahan kelima : bertudung tetapi amat longgar menampakkan jambulnya

kesalahan keenam : bertudung tetapi hanya di pejabat dan tidak ditempat lain

kesalahan ketujuh : bertudung tetapi tidak melabuhkan di bahagian dada
sebaliknya melemparkan kebelakang

kesalahan kelapan : bertudung tetapi nipis kainnya



`bagaimana wanita yang bertudung tetapi masih menjadi mangsa segelintir kaum lelaki?'

mari kita renungkan surah al-ahzab


` Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. '


mari kita mentadabur ayat ini, ` adakah ayat ini hanya diperintahkan kapada segelintir wanita? ' sudah pasti tidak malah seluruh wanita.Ini bermaksud,ia menjaga kehormatan seluruh wanita, jika sebahagian wanita tidak mentaati perintah ini malah memakai pakaian seksi pula maka faedah dan kebaikan memakai tudung secara umumnya tergugat dari matlamat asalnya. sebenarnya ayat ini menerangkan seluruh wanita bertanggungjawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat antara satu sama lain.

` maka bila ada yang tidak menutup aurat malah memakai pakaian seksi,ini bermakna,ia sedang mengancam keselamatan kaum sejenisnya yang lain dan ditempat lain kerana telah menhidupkan nafsu lelaki'


sesungguhnya syurga dan neraka allah adalah benar, jika mempercayainya mengapa tindakan seolah masih meraguinya.
0 ulasan more...

PERBANDINGAN REMAJA MALAYSIA DAN PALESTIN

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Pendahuluan

Bukan setahun dua tetapi pencerobohan haram yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin sejak 1948 telah mengubah secara keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam kini terdedah kezaliman dan penindasan yang berterusan. Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi dengan tangisan dan darah.

Malaysia, antara negara yang majoriti besar adalah umat yang beragama Islam yang semakin hari semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seislam.

Walau apapun yang diperkatakan tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah para remaja dan belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan negara. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia ini, umum mengetahui hampir lebih separuh dari populari Malaysia adalah para remaja dan belia ini yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Potensi Remaja

Jika kita selami potensi diri remaja ini jika dibelai, diasah dan ditonjolkan maka tidak ada sesiapapun berani mencabar mahupun berdebat bahkan akan duduk terdiam melihat potensi dan keberanian tersembunyi yang mampu menewaskan jutaan parameter yang lain. Kita lihat dahulu bagaimana antara puluhan kisah, kita renungkan satu kisah yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dengan pengorbanan agung dalam membuktikan semangat ‘orang muda’ iaitu kisah bagaimana syahidnya Fares Audah, 12 yang merupakan si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan Intifadhah dengan dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbiya’, tempat di mana menjadi kiblat pertama umat Islam.. Serangan ditujukan bukan kepada burung ataupun kucing tetapi berhadapan dengan kereta kebal Yahudi yang sedang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.

Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik dari sekolah bersama-sama dengan rakan sebayanya. Walaupun ibunya seringkali risau akan tindakanya, tetapi dia menjawab “ kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita”.

Malah tindakan ini menjadikan ada ketikanya Yahudi takut dan berundur dengan balingan-balingan batu ini. Selepas 40 hari berjihad bertempur dengan kereta-kereta kebal yahudi menjadikan Fares Audah sebagai sasaran ancaman kepada Yahudi.


Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berhadapan dengan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan Sniper menembaknya tepat dikepala. Berjayanya pembunuhan Fares Audah disambut dengan parti minum-minum gembira oleh tentera-tentera yahudi meraikan kemenangan mereka ke atas si cilik bertuah yang bergelar As-Syahid.


Itulah kisah pengorbanan agung remaja bukan pada waktu silam tetapi pada ketika ini yang menunjukkan hebatnya remaja-remaja ini hasil didikan dan pemahaman yang betul. Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang, tiada sistem persekolahan yang teratur dan seribu macam perkara lagi. Jadi, bagaimana pula dengan remaja di negara kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritaka kerana kita jauh berada dalam keamanan, kedamaian, kekayaan, kesejahteraan, penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.

Perbandingan Senario remaja di Malaysia dengan Palestin

Kita selaku mereka yang peka dan mengambil berat isu ummah ini sudah melakukan sedaya kita dalam menggerakkan kempen-kempen kesedaran isu palestin, menggerakkan usaha mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin, tidak kurang menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi menyampaikan maklumat bagi mendedahkan situasi sebenar yang berlaku di sana.

Bagaimana pula dengan isu remaja-remaja tonggak pelapis kita di Malaysia ini? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, adakah yang setanding dengannya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja di Malaysia pada ketika ini yang terlalu dimanjakan dan kurangnya pemfokusan dalam keatas mereka dalam satu sistem atau acuan yang benar-benar mantap dalam membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab.

Kita lihat bagaimana pengaruh Hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat dalam hidup. Ini telah menjadikan hilangnya nilai-nilai ketimuran dalam setiap tindak-tanduk para remaja . ini belum lagi kisah remaja-remaja pada usia semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan Black Metal yang dianggotai oleh rakan-rakan sebaya seperti yang pernah dilaporkan berlaku di Sg. Petani, Kedah. Belum lagi dikira jumlah yang terlibat dengan ajaran-ajaran sesat akibat terlalu menyanjung barat sehingga diawal usia ini ada yang berani menghina tuhan, kencing pada Al-quran, mengamalkan budaya sesat dengan memuja syaitan dan pelbagai lagi perkara-perkara yang tidak masuk akal.


Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan As-Syahid Fares Audah dengan Remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya?

Satu persatu kita boleh dirungkaikan, jika di Palestin menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehinggakan batu dijadikan pensil, tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak-anak kecik menuntut ilmu walaupun dalam keadan perang.

Dijadikan dinding bukan binaan-binaan indah tersistem tetapi khemah pelarian yang tidak beratap. Kawasan sekitarnya penuh dengan habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata yahudi bukannya selesa dengan keaadan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, tidak dihiraukan perkara lain sehingga belajar dibawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain pula kisahnya dinegara kita, walaupun disediakan dengan sistem yang tersusun, guru-guru yang ramai dan berkelayakan, sumber-sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja-remaja di zon selesa. Apa yang terjadi?

Budaya lepak yang berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan ditambah dengan penglibatan dalam gengsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi jika ditunjukkan statistik pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja-remaja di Malaysia, sebuah negara penduduk Islam yang membangun.

Ketidakpedulian kepada ilmu agama menjadi faktor paling penting yang mencorakkan remaja-remaja ini ke arah gejala negatif dan jika tidak dirawat segera secara kolektif akan terperosok di lembah kehinaan. Jangan sesekali menganggap pembelajaran matapelajaran Agama Islam pada peringkat rendah dan menengah dengan secara teori untuk menjawab dalam peperiksaan itu sudah mencukupi untuk membentuk jiwa melahir insan berperibadi muslim tanpa penerapan secara total unsur-unsur pemahaman dan pengamalan dengan cara yang sebenarnya.

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang tersangat dahsyat dalam sejarah dunia, Palestin bersungguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran.”

Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dimana kita, dimana mereka?

Banyak lagi perkara memalukan yang tak mampu kita redahi, bagaimana remaja-remaja dilalaikan dengan program-program realiti televisyen (tv) yang semakin mendapat sokongan akar umbi. Semakin hari semakin bertambah, malahan stesen-stesen di negara ini berlumba-lumba untuk mempromosikan rancangan realiti tv masing-masing yang ternyata bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Kita disajikan dengan rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor Mencari Cinta, The Most Beutiful, One In a Million dan banyak lagi. Kegilaan terhadap realiti tv ini amat dasyat dan kesan atau pengaruhnya amat menakutkan sekali.

Sebenarnya program realiti tv ini merupakan satu bentuk penjajahan baru ke atas pemikiran umat islam atau “ghazwatul fikr”. Ini merupakan agenda Yahudi dan Nasrani yang mempunyai agenda tersembunyi untuk melemahkan umat Islam melalui serangan pemikiran yang akan mematikan daya tahan, daya juang dan semangat jihad umat Islam. Umat Islam dilekakan dengan program realiti tv ini.

Kemudian artis-artis yang tidak sepatutnya akan dijadikan idola tanpa mengambil kira syariat agama. segala perlakuan, kata-kata, cara hidup dan semuanya akan diikuti untuk dicontohi yang berterusan meletakkan mereka hanya Islam pada nama tanpa mengambil berat tentang agama yang dianuti.

Mereka tidak lagi berminat untuk mengetahui nasib saudara seagama mereka yang tertindas di Palestin atau di Iraq. Mereka lebih senang menangisi penyingkiran peserta AF daripada menangisi nasib umat Islam lain yang dibunuh, disiksa oleh tentera Israel di bumi Palestin.

Tidak ketinggalan juga, Bola Sepak menjadi kegilaan remaja dan belia, menghilangkan semangat tidak kena pada tempatnya. Untuk bangun ditengah malam menyokong pasukan pilihan dengan mengorbankan tidur dapat dilakukan tetapi untuk bangun mendirikan solat malam berapa kerat yang mengamalkannya, sejauhmanakah penekanannya pada remaja-remaja pada zaman moden ini?

Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967, iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai, menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.

Keterlibatan remaja-remaja dan belia dalam kancah zina dan seks terlarang juga sedang menghancurkan institusi sosial di negara kita memalukan negara yang dikatakan Negara Islam contoh kepada dunia. Pergaulan silang jantina yang bebas melampau batas, seks menjadi santapan harian sebagai satu perkara lumrah, apatah lagi dengan pendedahan aurat dan lain-lain tuntutan agama yang sudah hampir dikuburkan.

Kesannya pembuangan bayi merata-rata, pengguguran berleluasa malah mula ada cadangan untuk mewujudkan bank bayi dan sebagainya. Tidakkah hinanya manusia pada ketika ini jika dibandingkan dengan haiwan pun yang menyayangi anaknya. Kehancuran demi kehancuran, penyakit HIV/AIDS akan mula menjadi kebiasaan dan seterusnya menghancurkan tamadun.

Kita lihat statistik pendaftaran anak luar nikah pada 1999-2003 yang mencatatkan bilangan 70430 di seluruh negara. Ini adalah jumlah tidak termasuk yang tidak didaftarkan yang pasti akan meningkatkan jumlah ini yang dicatatkan pada setengah dekad yang lalu. Kini pastinya angka-angka ini sudah jauh meningkat dengan keadaan sosial dan cara hidup remaja di negara kita.

Sedikit demi sedikit jika kita luangkan masa untuk mengkaji dan menilai umat ini, kita akan tersangat malu kerana berani mendabik dada mengatakan berada dalam era nano-teknologi, kemajuan infrastruktur tetapi kehancuran institusi agama dan masyarakat.

Penutup

Jika Bayi di Malaysia dihina dengan dibuang di dalam tong sampah dalam keadaan masih merah bertali pusat, bayi di palestin pula disanjung akibat syahid ditembak oleh tentera zionis.

Pelajar-pelajar di Malaysia melepak di pasaraya membeli-belah dengan aktiviti merugikan diri agama dan negara, tetapi pelajar-pelajar di Palestin sana mendesak, mendesak tentera yahudi untuk berundur. Mereka relakan diri belajar dibawah muncung senapang kerana ilmu mereka akan gunakan untuk berjuang pada kemudian hari.


Semangat remaja-remaja Malaysia adalah berhibur, gembira dalam keseronokan pergaulan bebas, zina, rokok, arak dan disko. Semangat di Palestin adalah bertempur dengan semangat jihad kerana Allah. Mereka bertempur dengan lastik dan batu berhadapan senjata-senjata berteknologi tinggi dan kereta kebal.

Kematian di Malaysia kerana pecah kepala atau hancur tubuh akibat lumba haram juga jenayah dan gengsterisme tetapi kemalangan menghasilkan maut di Palestin adalah kerana di Bom dalam serangan menghancurkan akidah umat Islam.

Di Malaysia pendedahan aurat kerana inginkan kebebasan, keseronokan didampingi agar dilihat lelaki bukan mahram tetapi di sana dalam keadaan perang dan darurat mereka menjaga aurat dengan cukup tegas.

Jika diteruskan pasti tidak akan berhenti perbezaan yang boleh dinukilkan kerana terlalu banyak bezanya, kadang-kadang tidak layak untuk dibandingkan kerana kemuliaan dan kehinaan cukup jauh taraf dan martabatnya.

Maka bersama-samalah kita berusaha agar lembah kehinaan yang semakin dalam ini dalpat ditimbusi dengan pemantapan akidah, pemahaman islam secara total agar berlaku hijrah dari lembah kehinaan ke puncak kemuliaan, tidak lain tidak bukan dengan taqwa


*Penulis:
Al Amin Bin Mohamed Sultan
B.Eng (Hons) Manufacturing Engineering (Manufacturing Management)
0 ulasan more...

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!