AHLAN WA SAHLAN
by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under
ALUAN
PENGARAH PUSAT ISLAM…
Assalamualaikum
warahmatullah..
Ahlan wa
sahlan, welcome dan selamat datang kepada semua mahasiswa/siswi ke kampus hijau
sintok, terutamanya mahasiswa/siswi baru sesi 2010/2011. Semoga semuanya hadir
dengan perasaan gembira dan penuh bersemangat untuk belajar, menuntut ilmu dan
membina kompetensi diri masing-masing. Semoga kehadiran kita di rahmati Allah
Azzawajalla.
Moto
penting yang harus didukung oleh semua mahasiswa/siswi apabila menjejakkan kaki
di kampus ini ialah PERUBAHAN! (Change!-english,
Tahgyir!-arab). Setiap orang tidak ada pilihan selain berhadapan dan
menerima perubahan. Sesiapa yang tidak mahu berubah dan bergerak sebenarnya dia
seorang yang telah mati jiwanya!
Namun
perubahan bagaimanakah yang dikehendaki? Perubahan yang dikehendaki ialah
perubahan positif: berubah daripada mundur kepada maju, malas kepada rajin
berusaha, jahil kepada mengusai ilmu dalam bidang masing-masing, daripada hidup
dibelenggu nafsu yang rendah kepada hidup beribadat dan berharakat bertaqarrub
kepada Allah Azzawajalla.
Perubahan
dan kejayaan di dalam kehidupan tidak akan berlaku sekelip mata. Ia perlu
kepada usaha, ikhtiar, bimbingan dan didikan terhadap jiwa setiap individu. Perubahan
di luar diri tidak akan berlaku kecuali setelah berlaku perubahan dalam diri
individu terlebih dahulu. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah s.w.t.
“sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
(Surah Al-Ra’d,
ayat 11)
Dalam
hubungan inilah saya menyeru semua rakan mahasiswa/siswi untuk bersama-sama
dengan Pusat Islam menyertai pelbagai kegiatan yang akan dianjurkan dalam
rangka mendidik dan mentarbiah diri masing-masing. Tarbiah bukan
segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiah. Jadi, mahu tidak
mahu, jika kita hendak berubah menjadi mahasiswa/siswi yang lebih baik,
sertailah kegiatan-kegiatan mendidik diri secara menyeluruh yang terdapat di
kampus ini termasuk kegiatan-kegiatan di Pusat Islam.
Selamat
maju jaya. Selamat memulakan kehidupan baru di kampus ke arah perubahan hidup
yang positif, soleh dan di redhai Allah.
Search

Powered by Blogger.
Followers
Labels
- ibadah (1)
- Program Pusat Islam (2)
Perjuangan sedang menantimu!!

Tegakkan Panji kita!!

About Me
- URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH
- Merupakan sebuah Sekretariat di bawah naungan Pusat Islam. Satu badan sukarela yang menggerakkan program-program Pusat Islam dan gerak kerja dakwah di Universiti Utara Malaysia.
Teruskan jihadmu

Jom cari syurga!!

Rakan masjid's Fan Box
Rakan masjid on Facebook
Blog Nasyid Anda

0 ulasan