Demo Blog

BILA YANG SALAH,MENJADI LUMRAH

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Kalau dulu, memang
pantang
bagi masyarakat
kaum Melayu, seorang lelaki
berdua-duan dengan seorang
perempuan yang tidak punya
apa-apa hubungan kekeluargaan.
Bahkan, bukan masyarakat kita
sahaja yang berpandangan
begitu, malah masyarakat Barat
yang kita kenali sekarang
sebagai masyarakat yang telah
rosak moralnya, dahulunya amat
menekankan tentang pergaulan
lelaki dan perempuan.
Tapi kini, segala-galanya
telah berubah. Bercumbuan di
khalayak ramai bukan lagi
menjadi sesuatu yang jelek di
mata masyarakat mereka. Inikan
pula berdua-duaan.
Malang seribu kali
malang, angin perubahan itu
telah pun melanda masyarakat
Timur khususnya masyarakat
Islam. Berdua-duaan antara
lelaki dan perempuan yang tidak
punya hubungan keluarga, sudah
dilakukan terang-terangan.
Malah ada yang sudah mula
berpegangan tangan ke sana dan
ke mari tanpa rasa segan dan
silu.
Ya….perkara salah yang
sudah menjadi lumrah, kadangkadang
tidak lagi dianggap
salah. Bila sudah terlalu biasa
dipandang, ia tidak lagi
dirasakan menyimpang. Dosa
telah dianggap perkara biasa.
Senario ini sebenarnya
telah membuktikan bahawa
masyarakat kita sudah rosak dan
sudah tidak merasa sensitif
terhadap perkara-perkara dosa
yang semakin menjadi-jadi di
hadapan mata.
Yang rosak bukan sahaja
mereka yang melakukan perbuatan
tersebut, bahkan masyarakat
itu juga (iaitu kita sendiri).
Yang melakukan maksiat
tersebut memang sudah jelas
rosak akhlaknya. Tetapi bagaimana
dengan diri kita yang
melihat kemungkaran tersebut.
Bagaimana perasaan hati
kita bila melihat dua anak muda
sedang hanyut dilamun cinta lalu
berdua-duaan dan berpegangan
tangan di depan mata? Adakah
kita melihat dengan pandangan
bersahaja, kerana merasakan itu
bukan masalah kita? Atau, terbit
rasa benci lalu terus memendam
rasa kecewa bersama sesalan di
hati, “aduhai generasiku!”?
Atau, terbit rasa berdosa kalau
terus membiarkan mereka, lantas
berusaha untuk mendidik dua
anak muda mengenali yang
mana benar dan yang mana
salah?
Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda yang maksudnya;
“Barangsiapa di antara kamu
yang melihat kemungkaran di
depan matamu, maka hendaklah
membetulkannya dengan tangan
(kekuasaan). Sekiranya tidak
mampu, maka dengan perkataan
(nasihat). Sekiranya tidak
mampu, maka dengan hati (rasa
benci pada maksiat). Maka, itu
(rasa benci) adalah selemahlemah
iman.”
Hadis ini perlu dihayati
benar-benar oleh setiap warga
masyarakat manusia. Kemungkaran
jangan sampai dilihat
sebagai satu lumrah. Kemungkaran
mesti dicegah menurut
kemampuan kita. Sekiranya kita
tidak punya kekuasaan atau pun
tidak mampu memberi nasihat,
cukuplah ada rasa benci di dalam
hati terhadap kemungkaran yang
berlaku. Dan seterusnya berdoa
0 ulasan more...

0 ulasan

Post a Comment

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!