Demo Blog

Ramadhan bulan keberkatan.

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Salam ukuwah kepada semua. Syukur dengan nikmat iman dapat lagi kita berjumpa diruangan ini. Sudah hamper 8 hari kita berpuasa tapi adakah kita dapat menahan diri kita dari perkara yang mungkar. Pada bulan yang penuh barakah ini kita digalakkan bersedekah, tadarus, qiamullai dan sebagainya. Sedekah secara diam-diam amat digalakkan. Nabi pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada anas bin malik yang bermaksud : “tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan memberikan kekuatan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut kemudian mereka pun bertanya : “ya rabbi, adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?. Allah menjawab, “ada iaitu besi”. (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat daripada besi). Para malaikat pun kembali bertanya : ‘Ya rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-mu yang lebih hebat daripada besi?. Allah yang maha suci menjawab: “Ada iaitu api”. (besi boleh menjadi cair bahkan boleh mendidih setelah bdibakar dengan api) Malaikat kembali bertanya :” Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan –Mu yang lebih hebat daripada api?. Allah yang maha Agung menjawab: : “Adaiaitu air”. (api yang membara macam mana pun akan padam dengan simbahan air). “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih hebat daripada air?. Tanya malaikat lagi. Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab: “Ada iaitu angina”. Akhirnya para malaikat bertanya lagi: “ Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan –Mu yang lebih hebat daripada angina?” Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatan-Nya menjawab : “ ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”. (Riwayat al-Tirmizi) di bulan puasa ini juga kita dikehendaki berlapar. Tapi adakah semua orang Berjaya melepasi cabaran tersebut. Contohilah nabi dimana nabi selalu berlapar walaupun bukan dibulan ramadhan. Aisyah berkata, “Tidak pernah keluarga Rasulllah kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau dating di Madinah sehinggga beliau meninggal dunia”. Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu’aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibnu al-Najjar daripada Abu Hurairah dia berkata : “Aku pernah dating kepada Rasullah ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: “Ya Rasullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk,, apakah engkau sakit?’ Jawab Baginda : “Aku lapar, wahai Abu Hurairah!” Mendengarjawapan itu Baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata : “wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika menjaga dirinya semasa hidup di akhitar. Selain itu juga Rasullah tidak pernah kenyang hingga dua kali dalam sehari. Tapi dapatkah kita menahan diri kita dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Selain itu juga sentiasalah sujud menghadap Allah taala. Kerana sujud seseorang kepada Allah Taala menghakis sifat sombong, takabbur dan bongkak amin. Sujud juga boleh memberikan ketenangan kepada jiwa kita.
2 ulasan more...

2 ulasan

  • tokwan muda

    salam...memang betol artikel ini perkatakan...akan tetapi selagi ada hamba Allah seperti saudara dan saudari insya'Allah...kekangan untuk maksiat menjadi kebiasaan itu akan terus dikekang dengan izin Allah...Allahu Akbar...

Post a Comment

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!