Demo Blog

Mengapa mengadap kiblat??

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sahabat yang membaca sekarang ini sihatkah?Apa khabar iman sahabat pada hari ini.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Meskipun kesusahan,kepayahan,keresahan merajai kita pada hari ini,moga-moga dengannya kita mendapat keberkatan dari Allah.Insyaallah.

Sahabat sekalian..
Mata yang selalu memerhati,telinga yang selalu mendengar membuatkan minda selalu bertanya-tanya,membangkitkan persoalan secara diam-diam.Kata seorang sahabat,"otak yang selalu berfikir adalah otak yang tak mati.."emm,ana renung sejenak.Melihat debu yang berterbangan dibawa angin.Tapi apa yang ada difikiran ini mampu menguji keimanan seseorang.Iman mampu berterbangan seperti debu ini.

Sahabat,
Persoalan ini muncul bila membaca sedikit ilmu berkaitan dengan agama lain.Terkadang iman berteka-teki.ahhh,syaitan mula mengusik.Ini persoalannya yang ditujukan oleh seseorang yang beragama bukan islam..

(Sekali lagi mengapa perlukan ayat Quran untuk membuktikan kamu menyembah kaabah?? Saya tanya kamu satu persoalan. Adakah kamu TUNDUK dan SUJUD mengikut KIBLAT yang diarahkkan ke arah Kaabah di Mekkah??maknanya kamu menyembah kaabah!! Ya ataupun Tidak??

Bagaimana iman sahabat pada waktu ini??Teruskan bacaan demi IMANmu..

Inilah indahnya Islam, setiap ibadat ada disiplin, rukun dan syaratnya bagi memastikan ibadat itu diterima Allah SWT. Agama Islam bukan sekadar agama nama tetapi agama yang mengatur dan mendidik umatnya agar sentiasa berada pada landasan yang betul lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan ibadat.

                           

 Memang betul Allah tidak bertempat, namun ini tidak bermaksud kita boleh menghadap mana kita mahu ketika solat. Bayangkan sahaja kalau manusia tidak menghadap kaabah malahan ikut rasa mana dia nak hadap, hadaplah dengan alasan Allah SWT berada di mana sahaja.

 Hasilnya seorang akan mengadap timur, seorang lagi menghadap barat, seorang berikutnya menghadap selatan. Bukankah keadaan ini lebih tidak berperaturan berbanding dengan mereka yang menghadap kiblat sama-sama dalam solat.

 Saya yakin tiada suatu agama pun selain Islam yang menekankan konsep berkiblat. Sebab itulah di dalam al-Quran kitab agung umat Islam dan panduan manusia keseluruhannya telah menegaskan melalui

 firman Allah yang bermaksud: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
 (al-Baqarah: 144)

 Ayat ini turun dilatari dengan ejekan kaum Yahudi yang menggangap Nabi Muhammad kehabisan modal dalam beragama terpaksa mengambil Baitul Maqdis sebagai kiblat, sedangkan itu adalah kiblat mereka berzaman.

 Hampir setahun lebih umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis sehingga turun ayat dari surah al-Baqarah ayat 144. Maksudnya menghadap wajah ke arah kiblat adalah syariah yang menuntut sifat taabudiy (patuh semata). Mengikut fahaman ahlu sunnah wal jamaah, Allah SWT tidak bertempat, yang bertempat hanya makhluk. Apabila orang Islam menghadap kiblat itu bukan bermaksud menghadap Allah dalam solat dalam erti kata mengingati Allah SWT.

                                   

 Ini jelas dalam dalam penjelasan Nabi SAW terhadap soalan Jibril yang bertanyakan apa itu ehsan lantas baginda menjawab yang bermaksud: Ehsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia (Allah), kalaupun kamu tidak dapat melihatnya yakinlah dia melihat kamu…(riwayat al-Bukhari no. hadis: 50, Muslim, no. hadis: 8)

 Maksud hadis ini ialah melihat kebesaran Allah SWT serta menghayati keagungan-Nya. Dalam keadaan kita berpeluang mencari arah kiblat kita adalah disuruh untuk mencarinya dan memastikannya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak tahu dan gagal mencari kiblat kita hadapkan wajah ke arah mana pun adalah sah solat tersebut.

                                                    

 Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (al-Baqarah: 115) 

 Maksudnya dalam keadaan apa sekalipun manusia sama ada menghadap barat mahupun timur. Di dalam tafsir al-Jalalain ada menjelaskan bahawa: "Kepunyaan Allah jua seluruh jagat ini, sebab di mana-mana ada timur dan di mana-mana pun ada barat. Apabila kita tegak menghadap ketepatan matahari terbit maka yang dibelakang kita adalah barat, yang di kanan kita adalah selatan dan di kiri kita adalah utara".

 Manakala Pak Hamka dalam tafsir al-Azhar menjelaskan: "Inilah hikmah yang sebenarnya, ke mana kita menghadapkan muka ketika kita beribadat kepada Allah, ketika solat pun, asalkan hati telah dihadapkan kepada Allah maka diterimalah ibadat itu oleh Allah. Sebab Timur dan Barat, Utara dan Selatan Allah jua yang empunya…" (Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, jld: 1, hlm: 277).

Di dalam hadis yang lain daripada Abudullah bin Abbas baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Baitullah adalah kiblat bagi mereka yang berada dalam masjid, dan masjid adalah kiblat bagi mereka yang tinggal di tanah haram (sekeliling Mekah), dan tanah haram adalah (Mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timurnya dan baratnya dari umatku".
 (riwayat al-Baihaqiy, Al-Sunan al-Kubra, jld: 2, hlm: 10, al-Syawkaniy, al-Sail al-Jarar, jld: 1, hlm: 172). 

Disiplin dalam solat adalah bermaksud disiplin dalam kehidupan. Sekiranya manusia tidak adalah peraturan seperti mana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam maka manusia akan menggunakan akalnya sendiri yang terhad kemampuannya. Lebih-lebih lagi dalam soal agama tidak boleh dibiarkan tanpa satu peraturan yang boleh mengikat kesatuan dalam ibadat dan kesatuan dalam kehidupan. 

Jom kita cari dan mengembara mencari keredhaannya..
0 ulasan more...

0 ulasan

Post a Comment

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!