by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under
Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?
Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!
Kerasnya persoalan yang berlegar di
fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk
membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih
mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah
ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga,
ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran
pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai
kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan
berjaya!”
Kekuatan untuk berkata TIDAK!
Itu sisi pandang Yusuf.“Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi.
“Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?
Read More >>
Search

Powered by Blogger.
Followers
Labels
- ibadah (1)
- Program Pusat Islam (2)
Perjuangan sedang menantimu!!

Tegakkan Panji kita!!

About Me
- URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH
- Merupakan sebuah Sekretariat di bawah naungan Pusat Islam. Satu badan sukarela yang menggerakkan program-program Pusat Islam dan gerak kerja dakwah di Universiti Utara Malaysia.
Teruskan jihadmu

Jom cari syurga!!

Rakan masjid's Fan Box
Rakan masjid on Facebook
Blog Nasyid Anda

0 ulasan