Titian di sana
by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under
Bismillahirrahmanirrahim
dan salam buat semua sahabat.Harap dengan limpah dan rahmatNYA yang tak
terhingga ini bisa membuatkan kita selalu menyebut asmanya,berzikir
untukNYA.Moga-moga amalan yang kita lakukan selama ini diterima oleh yang Maha
Kuasa.Insyaallah. Alangkah bahagianya jika apa yang diberi olehNYA mampu kita
manfaat ke jalannya.Tangan,kaki,mata,mulut,telinga dan segalanya hanyalah untuk
DIA.Maha Suci ALLAH yang menjadikan jasad ini bernyawa.Tapi amat rugilah bagi
yang sebaliknya. Terdetik di hati seketika saat mata melihat kepada seekor
semut yang sedang berjalan di atas seutas tali yang besar.Terlalu asyik
sehinggakan air mata menitis pun tak di sedari.Apa kaitan semut dengan air
mata?Hati tertanya-tanya bagimana nanti aku di atas titian kelak?Mampukah aku
meniti di atas sirat.Sama kah timbanganku nanti?Dengan tangan mana aku menerima
buku amalanku?Kiri ataupun kanan?Astaqfirullah al-adzim. Firman Allah SWT:
“Sungguh,azab tuhanmu pasti akan terjadi(7)Tiada sesuatupun yang dapat
menolaknya(8)” (Surah at-tur) Dari Ibnu Mas’ud ra dia berkata, “Titian itu
terletak di atas Jahanam.Tajamnya bagai mana pedang yang licin.Ada kilapan
apinya.Sesetengah mereka ada yang melaluinya bagai kilat yang menyambar,tentu
saja selamat.Ada melaluinya seperti angin,namun akhirnya selamat juga.Ada juga
yang larinya bagaikan kuda.Ada yang berjalan cepat,ada yang berjalan seperti biasa,ada
yang merangkak dengan kepayahannya.Tetapi berkat kemurahan dan kemuliaanNYA.Dia
masukkan juga ke dalam syurga.Tapi sahabat,kita bagaimana pula..berjayakah kita
menitinya??Tangisan belum berhenti tetapi semakin rancak.Aduh Ya
ALLAH,bagaimana dengan hambaMU ini nanti YA ALLAH..Mampukah aku menitinya
sedangkan amalku belum mampu untuk menyusurinya YA ALLAH...Mampukah aku
melihatMU dengan amalku yang tak sempurna Ya ALLAH.Ampuni ku Ya ALLAH.
Search

Powered by Blogger.
Followers
Labels
- ibadah (1)
- Program Pusat Islam (2)
Perjuangan sedang menantimu!!

Tegakkan Panji kita!!

About Me
- URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH
- Merupakan sebuah Sekretariat di bawah naungan Pusat Islam. Satu badan sukarela yang menggerakkan program-program Pusat Islam dan gerak kerja dakwah di Universiti Utara Malaysia.
Teruskan jihadmu

Jom cari syurga!!

Rakan masjid's Fan Box
Rakan masjid on Facebook
Blog Nasyid Anda

0 ulasan