Demo Blog

Ya Allah hinanya diri ini..........

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Nak di jadikan cerita….ada seorang pemuda,dia di minta oleh gurunya untuk membawa makhluk yang paling hina di atas muka bumi ini.Ia merupakan satu ujian kepada pemuda tersebut sebagai satu syarat… Syarat apa ye…..syarat untuk kahwin ngan anak dia ke???

Hehe….Macam crite kiamat sudah dekat je…suruh blajar ilmu ikhlas….ni bukan,ini adalah syarat untuk lulus setelah bertahun tahun belajar ilmu agama… Setelah itu berkelanalah si pemuda untuk mencari makhluk yang paling hina itu.Dalam perjalanannya itu si pemuda telah bertemu dengan seekor anjin
g yang sedang menyelongkar sampah sarap untuk mencari makanan. “nil ah makhluk paling hina yang aku cari-cari.”getus hati kecilnya. Hati kecilnya berkata,sudah tentu aku akan lulus ujian ni.
Tengok anjing ni,dah la kotor,badan berbau,lidah terjelir-jelir.Jijik giler…Lalu dia menangkap anjing itu untuk di bawa kepa gurunya.dalam perjalanan untuk berjumpa dengan durunya,si pemuda itu berhenti. “Argh….ini bukan yang aku cari.anjing ini hanya seekor binatang,bila dia mati,terputuslah segala-galanya bagi dia…”hati kecilnya berkata lagi.Si pemuda itu pun melepaskan kembali anjing tersebut..

Pemuda tersebut meneruskan pencariannya.dalam pencariannya dia melalui sebuah lorong dan bertemu dengan seorang tua yang berjalan terbongkok bongkok seorang diri.Mungkin ini yang aku cari,kata [emuda itu. Dia memerhatikan orang tua itu,rambutnya kusut masai,kelihatan seperti orang yang tidak terurus.Pemuda itu cuba mendekati lelaki tua itu,namun dia berhenti dan berfikir sejenak. “mungkin orang tua ini lebih mulia dari aku.tengok,dia hidup lebih lama dari aku.Mungkin amalannya jauh lebih banyak dari aku…” hati kecilnya berkata. Lalu dia meninggalkan orang tua itu dan meneruskan mission possible nya…

segenap jalan dan lorong di terokainya.lalu dia berjumpa dengan seorang pelacur yang sibuk mencari pelanggannya.dia jijik melihat gelagat perempuan itu… “inilah makhluk yang paling hina.Sanggup dia menggadai kehormatan dirinya sendiri…aku harap pilihan aku kali ni adalah yang paling tepat…”kata hatinya riang. Namun,sekali lagi dia terfikir…perempuan ini di saat ini memang dia melakukan maksiat. Namun mungkin di suatu hari nanti dia insaf dan bertaubat kepada Allah,dan taubatnya itu di terima.Mana tau,dia mati dalam keadaan yang mulia….

Sekali lagi dia mengatur langkahnya penuh hampa….dia hamper putus asa.dia takut kalau dia tidak akan lulus dalam ujian ni.selama ini dia seringkali dapat melaksanakan ujian yang di berikan gurunya dengan jayanya..,tapi kali ini…. Dalam keadaan yang berduka ,dia ternampak seorang anak kecil,berpakaian compang campin,rambut kusut masai,badannya di hurung lalat. Hatinya melonjak riang…lalu berkata, “akhirnya aku akan lulus dalam ujian ni”

Namun,perkara sama brlaku.Hati kecilnya berkata,budak ini lebih mulia dari aku.Dia masih suci dari dosaSedangkan aku , selama aku bernafas di atas muka bumi ini berapa banya dosa yang telah aku lakukan.Tanpa di sedarinya,air matanya mengalir deras di pipinya. Pemuda itu langsung mencari masjid,menyempurnakan wudhunya lalu bersolat dua rakaat.Air matanya terus mengalir,setelah mengetahui bahawa dialah makhluk yang paling hina di atas muka bumi ini….

Keesokan harinya,si pemuda itu kembali bertemu dengan gurunya. “Anakku,sudahkah engkau sudah menemuinya….?” Tanya gurunya. “sudah wahai Tuan Guru.Sayalah makhluk yang paling hina…..”jawab si pemuda itu dengan tangisan yang teresak-esak. Mendengar jawapan itu,guru tersebut memeluk muridnya itu dengan hati yang gembira….Tahulah dia bahwa pemuda yang berdiri di hadapannya adalah seorang pemuda yang hebat……yang bakal memperjuangkan agama dan juga bakal menggantikannya meneruskan kesinambungan kegemilangan agama yang di cintai…..
0 ulasan more...

0 ulasan

Post a Comment

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!