Demo Blog

Titian di sana

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under


Bismillahirrahmanirrahim dan salam buat semua sahabat.Harap dengan limpah dan rahmatNYA yang tak terhingga ini bisa membuatkan kita selalu menyebut asmanya,berzikir untukNYA.Moga-moga amalan yang kita lakukan selama ini diterima oleh yang Maha Kuasa.Insyaallah. Alangkah bahagianya jika apa yang diberi olehNYA mampu kita manfaat ke jalannya.Tangan,kaki,mata,mulut,telinga dan segalanya hanyalah untuk DIA.Maha Suci ALLAH yang menjadikan jasad ini bernyawa.Tapi amat rugilah bagi yang sebaliknya. Terdetik di hati seketika saat mata melihat kepada seekor semut yang sedang berjalan di atas seutas tali yang besar.Terlalu asyik sehinggakan air mata menitis pun tak di sedari.Apa kaitan semut dengan air mata?Hati tertanya-tanya bagimana nanti aku di atas titian kelak?Mampukah aku meniti di atas sirat.Sama kah timbanganku nanti?Dengan tangan mana aku menerima buku amalanku?Kiri ataupun kanan?Astaqfirullah al-adzim. Firman Allah SWT: “Sungguh,azab tuhanmu pasti akan terjadi(7)Tiada sesuatupun yang dapat menolaknya(8)” (Surah at-tur) Dari Ibnu Mas’ud ra dia berkata, “Titian itu terletak di atas Jahanam.Tajamnya bagai mana pedang yang licin.Ada kilapan apinya.Sesetengah mereka ada yang melaluinya bagai kilat yang menyambar,tentu saja selamat.Ada melaluinya seperti angin,namun akhirnya selamat juga.Ada juga yang larinya bagaikan kuda.Ada yang berjalan cepat,ada yang berjalan seperti biasa,ada yang merangkak dengan kepayahannya.Tetapi berkat kemurahan dan kemuliaanNYA.Dia masukkan juga ke dalam syurga.Tapi sahabat,kita bagaimana pula..berjayakah kita menitinya??Tangisan belum berhenti tetapi semakin rancak.Aduh Ya ALLAH,bagaimana dengan hambaMU ini nanti YA ALLAH..Mampukah aku menitinya sedangkan amalku belum mampu untuk menyusurinya YA ALLAH...Mampukah aku melihatMU dengan amalku yang tak sempurna Ya ALLAH.Ampuni ku Ya ALLAH.
0 ulasan more...

Hikmah berkata benar

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

S yeikh Abdul Qadir Al Jailani bercerita; Aku telah diajar dalam semua perkara, di ketika mana sahaja, agar sentiasa bersifat benar. Suatu ketika aku telah keluar dari Kota Mekah menuju ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Ibuku telah membekalkan aku sebanyak empat puluh dinar sebagai keperluan makan dan minumku. Ibuku berpesan supaya aku berakhlak dengan sifat benar. Bila rombongan khalifahku sampai ke bumi Hamdan, sekumpulan perompak menyerang khalifah kami. Salah seorang perompak itu telah datang kepadaku dan bertanya,”Apa yang ada padamu?” Aku berkata, “Empat puluh dinar.” Perompak itu menyangka aku memperolok-olokkannya, lantas dia meninggalkan aku.

0 ulasan more...

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under






-----------------------------------------------------




 asal-usul tarzan barangkali



Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman.
Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?
Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!
Kerasnya  persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”
Kekuatan untuk berkata TIDAK!
Itu sisi pandang Yusuf.
“Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi.
“Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?


Read More >>
0 ulasan more...

Hikmahnya pada sujud

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara
Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan
"Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
0 ulasan more...

Ya Allah hinanya diri ini..........

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Nak di jadikan cerita….ada seorang pemuda,dia di minta oleh gurunya untuk membawa makhluk yang paling hina di atas muka bumi ini.Ia merupakan satu ujian kepada pemuda tersebut sebagai satu syarat… Syarat apa ye…..syarat untuk kahwin ngan anak dia ke???

Hehe….Macam crite kiamat sudah dekat je…suruh blajar ilmu ikhlas….ni bukan,ini adalah syarat untuk lulus setelah bertahun tahun belajar ilmu agama… Setelah itu berkelanalah si pemuda untuk mencari makhluk yang paling hina itu.Dalam perjalanannya itu si pemuda telah bertemu dengan seekor anjin
g yang sedang menyelongkar sampah sarap untuk mencari makanan. “nil ah makhluk paling hina yang aku cari-cari.”getus hati kecilnya. Hati kecilnya berkata,sudah tentu aku akan lulus ujian ni.
0 ulasan more...

Muhasabah diri : terimalah kenyataan ini

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..
0 ulasan more...

Kesenangan dan kesusahan

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Ketika Allah telah mencipta syurga,Allah telah berfirman kepada Jibril:”pergilah,lalu lihatah kepadanya”.Kemudian ia datang dan berkata:” Wahai Tuhanku,demi keperkasaan-MU,Tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya”.Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.Dan Allah Berfirman:”Wahai Jibril,pergilah dan lihatlah kepadanya.”lalu ia pergi lalu lihat kepadanya,kemudian ia datang dan berkata:”Wahai Tuhanku,Demi keperkasaan-MU,sungguh aku kuatir tidak seorang
1 ulasan more...

AKU MALU UNTUK MENEGUR PERKARA MUNGKAR

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

www.iLuvislam.com
oleh: Anak_Pejuang


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita

Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

sumber :http://jarumemas.blogspot.com
0 ulasan more...

KULIAH PEMANTAPAN FARDU AIN

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

"Assalamualaikum semua.Hari ini,kuliah pemantapan Fardhu Ain akan berjalan seperti biasa.Apa lagi..jom kita pakat-pakat ke majlis ilmu.Bukankah majlis ilmu satu di antara taman-taman syurga di dunia...?
Jom!!!"
0 ulasan more...

Solat Hajat.

by URUSETIA RAKAN MASJID SULTAN BADLISHAH on Nov.22, 2009, under

SOLAT HAJAT PERDANA
Anjuran Pusat Islam   UUM

Tempat : Masjid Badlishah UUM

Tarikh 08/04/201


Tentatif Program :   

7.00 : Kehadiran Pelajar

7.15 : Kehadiran Tetamu

7.28  : Solat Maghrib Berjemaah

7.45  : Solat Hajat dan Bacaan Yassin

8.20 : Amanat oleh Datuk Dr.Ahmad Faiz  Ahmad
             Timb.Naib Canselor (HEPA)
           : Tazkirah Oleh Dr. Ahmad Bashir Aziz
             Pensyarah Kanan COB

9.30 : Solat Isyak Berjemaah
           : Jamuan 

BAS LALUAN B &C SERTA MAKANAN
DISEDIAKAN


“ ..Kemudian apabila engkau telah berazam,maka bertawakkallah pada Allah swt,sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya.” (3:159)





Sebarang pertanyaan sila hubungi  :
0194983264 - Ustaz Zaree Zakaria
0194747274-Ustaz Aus Korni Yahaya
0132361290-Azhar
0195275633-Suzana

0 ulasan more...

Search

Powered by Blogger.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!